Isnin, 18 April 2016

Kemusnahan Alam Semulajadi
Image result for kitar semula
Ketahuilah...untuk menghasilkan sehelai kertas pun sudah tentu sebatang pokok akan menjadi mangsa.

Setiap bahan buangan pasti memerlukan ruang untuk di lupuskan. Setiap barangan baru yang di hasilkan pula memerlukan sumber yang sudah pasti datang dari alam semulajadi. Setiap kali proses pelupusan dan pembuatan baru dilakukan pasti akan memusnahkan alam semulajadi dan menghasilkan bahan tercemar yang sudah semestinya mencemar alam sekitar.
Image result for kitar semula
Dunia semakin sesak dengan manusia, permintaan semakin bertambah, pembangunan pula tiada hentinya. Apakah sumbangan kita untuk melambatkan bumi ini dari musnah oleh kerakusan dan keperluan kehidupan manusia?